salam ukhwah kembali .. rasanya sudah sekian lama saya tidak mencoret di atas lembaran maya ini... saya lebih banyak meluangkan masa di atas lembaran masa ini ketika saya berada di ard kinanah.. namun setibanya di malaysia saya banyak menghabiskan masa saya dengan tugasan-tugasan harian sebagai seorang anak , seorang yang memegang amanah untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat..
sepanjang perjalanan saya setelah seusia sebagai penuntut ilmu agama.. pada awalnya saya lebih cenderung untuk menjadi ahli inggenier.. tetapi atas dorongan adik beradik terutama ibubapa saya terarah untuk menjadi pemengang amanah ilmu agama,
setelah tiba di tanah air kira-kira 2 tahun lepas kalo tak silap 10 ogos 2009 aku pun berazam untuk mencari modal perkerjaan ..hurmm lamanya aku menunggu sehingga di panggil interview.. mungkin aku ini adalah seorang yang sangat memilih dari segi bidang pekerjaan, antara yang ditawarkan pada awalnya untuk menjadi tenaga pengajar di sebuah kolej di nun utara malaysia.. huhh amat sukar ku bayangkan jika aku berada di utara. dengan kedudukan keluarga yang berada di selatan tanah air. aku tetap ditawarkan tapi aku enggan menerima tawaran tersebut. setelah sekian lama tawaran kerja itu aku pun menantikan kerja yang lain . di samping itu aku mengambil sijil komputer dan kemahiran mikrosoftoffice hehehe . aku memang minat giler bidang perkomputeran ini. kedua-dua sijil yang aku mohon ini untuk melayakan aku menjadi pengurus pusat jalur lebar di tempat kediaman orang tuaku yang berada di felda redong johor. dapat tawara untuk interview. tp rezeki tidak menyebelahi aku .. kerja itu yang aku dambakan sbb dekat ngan orang tua ku... putus harapan ku buat kesekian kalinya..
(hari terakhir bersama buku RPH Sk Senibung)
setelah itu berlalu .. aku di tawarkan oleh abg ipar kan untuk berkerja di pusat rawatan islam darul illaj di pasir gudang... so far okey la aku kerja kat sana.. tambahan lagi ada member kamcing aku yang dekat jek kat situ iaitu si sobri. si sobri sudah lama duduk di pasir gudang . dia mengajar di sek tahfiz pasir gudang MITT, bila malam dia akan ke darul illaj untuk belajar perubatan islam. aku masuk kerja dalam bulan april 2010. huhh
penat gak la kerja kat situ.. penat nggu orang dan yang best adalah pengalaman.. ngubat orang arr pe lagi.. belajar ckt2 sehingga da ley da ubat orang dengan mengunakan bacaan alquran.. pengalaman kalo nak cite sangat la banyak. dan aku kerja kat sinilah aku da terpakai kereta. alhamdullilah..
setelah sekian lama aku kerja.. aku teringin untuk mencari kerja tetap.. banyak jugak yang aku mohon. antaranya SDA felda, Imam johor corp. dLL. namun belom ada rejeki..akak aku seorang guru j-qaf, beliau menyarankan aku untuk menjadi guru j-qaf.. aku mohon lah mengikut prosidur biasa.. alhamdullilah memang menyebelahi aku..aku layak di interview dan layak mendapat jawatan itu tetapi yang malang adalah aku di hantar ke MIRI.. nun di seberang laut.. hahhaha.. sedangkan diutara aku tak gi ini kan pula di seberang laut..
dalam 2 3 hari aku murung memikirkan nasibku...mak mcm soh g .. tp akak aku mcm tak bg .. dia soh sambung master... akak ckp aku ni elok kalo duduk di jawatan jabatan kerajaan.. huhh.. hari2 selepas itu menjadi sayu mengenangkan nasibku adakah terus bergini ..
satu hari kat pejabat aku tergerak ati nak buka ceramah Dr asri yang bertajuk kelebihan beristigfar..
aku amati pelahan-pelahan kata2nya melalui ayat qurang yang di tafsirkan.. aku try amalkan.. alhamdulllah ianya memberi impak yang besar dalam hidup aku.. rejeki datang mencurah mula-mula dapat tawaran jd guru KGSK (kumpulan guru simpanan kebangsaan) gaji dia memang best .. nak dekat RM100.00 sehari, dalam masa yang sama aku di beri tawaran untuk menjadi pensyarah sambilan di koleh komuniti yang bergaji RM3600.00 untuk 32 jam mengajar bahasa arab. dan aku ditawarkan sebagai penceramah di IKBN pasir gudang.. aku hanya mengambil 2 dari 3 tawaran lumayan tersebut.. iaitu aku ambil KGSK di SK senibung dan kolej komuniti pasir gudang. Sk senibung best sbb pelajarnya tidaklah bergitu ramai dalam 58 orang semuanya ada 14 orang guru.ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh lega gile sbb aku dapat bermasyarakat yang kene ngan jiwa aku.. dapat berkawan dengan ramai orang.
tetapi amat penat sedikitlah sebab aku g kerja ngajar di Sk Senibung jam 600 da kene bangun . kol 230 terus masuk klinik. balik jam 1000 malam.. begitulah hari silih berganti malam dan siang aku menjalan kehidupan yang sama.penat memang tidak terperi.. namun aku tetap gagahkan.sehingga aku terlihat jawatan kosong di FB salah seorang kenalanku ketika di al-azhar. aku try Apply.. aku tahu memang sedikit peluang ku untuk dapat jawatan tersebut. 3000 yang memohon 36 yang di interview termasuk aku, soalan memang mencabar.. aku bila lepas interview memang rasa tak pluang untuk ku jawatan tersebut tambahan lagi ada makcik yang jaga interview tu ckp "mana orang-orang kita" itu isyarat menunjukan kenaikan pangkat.. aku belajar erti redha dengan tiada memasang sedikit harapan lansung pada jawatan itu. aku meneruskan hari2 aku seperti biasa.. aku masih teringat ketika aku menerima msg dari entah sapa pun tak tahu di IP maij yang menyuruh aku melaporkan diri di ibu pejabat MAIJ 16 mei 2011, dalam hati "alhamdullilah" allah mendengar rintihan hatiku selama ini.. namun jauh di sudut hati aku agak terkilan kerana tidak dapat bersama2 menyambut hari guru yang amat bermakna buatku. aku mengakhiri tugasku di Sk Senibung pada 20 mei 2011 dan di darul illaj 24 mei 2011. jawatan2 sebagai pembantu perubatan , sebagai guru banyak mendidiku erti sabar dan iklas..
kini aku bergelar pegawai hal ehwal islam majlis agama islam negeri johor s41 di kota tinggi berjawatan tetap, kini kehidupan ku dapat sepertimana yang aku nak alhamdullilah .. dapat bermuamalah dengan orang, dapat menyampaikan ilmu dengan bertauliah. terima kasih kepada semua terutama ibubapa,abg akak adik dan semua yang membantuku.alhamdullilah lagi sekali aku panjatkan kepada pemilik alam yang telah meminjamkanku erti sebuah kehidupan..mudahan aku sentiasa menajdi hamba yang bersyukur
semasa mempengerusikan forum di air tawar 2
Seks Songsang Dalam Dunia Yang Rencam
2 days ago







