Aug 26, 2010

Kita gagal berfikiran terbuka,sekolah mengandung,


Kita gagal berfikiran terbuka,sekolah mengandung,

Menyelosori hari- hari yang kian mendatang umat islam kini semakin dibelenggu dengan pebagai masalah yang berpuca dari kesilapan dalam mencari solusi kepada masalah tersebut, begitulah terjadinya dengan isu sekolah mengandung yang di cadangakan oleh kerajaan negeri melaka dalam mencari jalan keluar dari masalah ummat islam.

islam dan didikan
islam adalah agama pendidik, islam sentiasa memberi jalan keluar yang terbaik dalam sesuatu perkara yang dihadapi oleh diri, kuarga mahupun masyarakat secara amnya, dalam mendepani masalah-masalah yang di dominasi oleh ummat islamn terutama di Malaysia, di atas asbab itulah di dalam maqosid syariah (maksud syarak) mengariskan antara kepentingan yang perlu di jaga oleh setiap ummat islam  seperti mana yang dikupas oleh imam syatibi dalam kitabnya al muwafaqot.

Isu sekolah mengandungsaya melihat usaha kerajaan negeri melaka dalam rangkanya untuk mendirikan sekolah bagi pesalah laku seks yang terlanjur adalah tindakan yang sewajarnya dan kena pada  masanya, Kita sekarang ini tidak lagi terkejut dengan kes-kes pembunagan bayi yang cukup berleluasa, sepatutnya ramai yang memberikan idea- idea yang bernas bagi menagani wabak masyarakat ini dari terus menghambat tamadun,
Sepanjang cadangan ini di keluarkan banyak juga yang tidak setuju dengan membawa pendapat yang remeh seperti “jika sekolah mengandung ini di wujudkan maka gejala sosial ini akan makin bertambah”.. ini jawapan yang cukup mudah dalam mencari penyelesaian,, jika kita bandingkan dengan contoh yang lain adakah dengan wujudnya sekolah henry gurny akan mengalakan kes juvana?? Ini tidak sama sekali , ini bukan cadangan yang lekeh bagi saya jika dibandingkan dengan pemberian jarum dan kondom percuma..

Saya berasa amat sukacita apabila dimaklumkan bahawa kerajaan mengenakan hukuman yang berat bagi pesalah laku kes buang bayi yang mati di kenekan hukuman gantung mandatory manakala bagi pesalah laku kes buang bayi yang yang tidak mati di kenakan hukun penjara 20 tahun sebagaimana yang di jelaskan oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil kepada pemberita baru-baru ini.. ini menunjukan keperihatinan kerajaan dalam menangai isu ini

Faktor

Pelbagai faktor yang kita lihat sebagai sumber berlakunya gejala ini

Antaranya
1)      kegagalan ibu bapada dalam membentuk moral anak-anak mereka (semua ley huraikan sendiri)
2)      jalur lebar punca dan kemudahan dunia tanpa sempandan (global village)

saya melihatkan point yang kedua ini adalah salah satu peyumbang terbesar dalam masalah ini. Tidak dapat di nafikan bahawa internet mempunyai banyak kebaik sekiranya ianya tidak disalah guna, tetapi ianya turut mempunayi banyak keburukan terutama golongan muda,

kerajaan Malaysia melalui kementerianya sedaya upaya dalam agenda pembangun jalur lebar ini kerana kerjaan mensasarkan setiap 10 % pembangunan internet di Malaysia ianya bakal menyumbang kepada 1.2  KDNK keuntungan dalam Negara kasar , dan malayasia mensasarkan penembusan 50% sehingga hujung tahun ini,kita melihat tidakan kerajaan ini satu tidakan yang produktif dalam menjana ekonomi Negara pada satu sudut tetapi dalam sutu sudut yang lain ia bakal menyumbang masalah gejala yang kurang elok terutama dikalangan remaja,

usaha kerajaan untuk membendung laman sesawanag yang tidak bermanfaat bahkan merosakan masyarakat Malaysia tampaknya terlalu kecik, diberitakan kerajaan baru berjaya menghalang 30 laman sesawang ini julai 2010, bahkan ini tidak hanya berlaku di jalur lebar bahkan di telifon mudah alin juga penguna boleh melanggan  perkara yang tidak sihat ini , pasti ramai yang telah terdengar bahkan membaca di dada akhbar seseorang yang mampu mempunyai rumah dan kenderaan mewah dengan hanya memberi langganan kepada penguna talifon bimbit,

jalan keluar-solusi

bagi sekolah mengandung saya selaku perseorangan menyokong kerajaan negeri melaka dalam usahanya membantu  yang terlibat dan membendung masalah ini dengan syarat-syarat yang perlu di teliti dengan begitu mendalam. Disamping itu ibubapa hendaklah bersikop progesif dalam mendidik anak-anak mereka dengan didikan agama, serta kerajaan wajar memperkasakan banyak usaha  untuk membendung laman sesawang yang tidak bermanfaat , Akta Kanun Keseksaan, Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 terlalu ringan jika hendak di bandingkan kesan buruk  kepada masyarakat..

~subulassalam~
Mohdfirdausbinabdulhamid.blogspot.com

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP