May 23, 2010

Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki

Da lama rasenye tak menulis diatas lembaran maya ini setealh sibuk mendalami serba sedikit bidang perubatan dan sains pemakanan bagi master yang bakal menuntut aku untuk aku tekun mendalaminya..insyaAllah..

Hari ini aku tertarik untuk membahas sedikit kaedah yang telah guna pakai oleh para ulama’- ulama fiqh.. namun sedikit aku kecewa ada orang-orang yang mendalami ilmu agama dengan quran dan sunnah tetapi tidak mengambil manfaat dari ulama-ulama yang mengikut manhaj (jalan) salafus saleh. Pincanglah agama jika orang yang ingin mendekatkan dengan sunnah hanya mengunakan software dan berguru di depan computer untuk mendalami agama dan menguna software2 tertentu tanpa tunjuk ajar para ulama. Di dalam ilmu hadith digalakan untuk para penuntut ilmu untuk ber “musohabah ma’a syeih” (dalam ilmu hadith) sebagaiman kisah abu musa al ashari yang menunggu ibnu mas’ud di pintu rumah sebelom subuh bagi mengikut ibnu mas’ud untuk solat subuh. Sesungguhnya terlalu banyak ayat2 quran dan hadith yang di sebutkan didalam istilah fiqh sebagi “zanniyatul dilalah” yang memerlukan pimpinan para alim ulama untuk kite mengenali dengan jelas maksud ayat qurand an hadith. Sesunguhnya kita ini bukan ulama seperti Muhammad amin assanqiti yang menulis tafsir aduwa’u bayan yang tafsiranya menafsirkan al quran dengan aa-quran.. sesungguhnya kita ini adalah penuntut ilmu yang sering kali tersilap, di sebabkan hal sedemikianlah kita perlu untuk mendapat pimpinan para ulama dalam memahami nas al-quran dan hadith.ini kerana agarkan tidak di labelkan orang yang berfahaman “alla mazhabiyyah” (tidak bermazhab)sebagai mana yang ditulis oleh syeh Ramadan al- booty..
Jika kita lihat ada ulama yang sedikit membahas kitab karangan ibnu qaayim al-zauji yang bertajuk “ruh” namun ulama khilaf adakah kitab ruh itu di tulis oleh beliau atau pun tidak.. ini kerana ada percanggahan di dalam kitab tersebut dengan manhaj sunnah yang dibawa olehnya, ada yang mengatakan kitab ruh tersebut ditulis olehnya sebelom beliau bertemu dengan al –Imam ibnu taimiyyah , kita lihat oleh kerana musohabah dengan syeih al imam ibnu taimiyyah kembali membetul fahaman ibnu qayyim azaujie, dan pendapat yang kedua menganai kitab tersebut bukan karangan imam ibnu qayyim al-zaujie, namun mayoritas ulama-ulama mengatakan bahawa kitab itu di tulis sebelom beliau berguru dengan imam ibnu taimiyah.

Pentingnya berguru dengan orang yang alim dan memperbanyakan guru..

Seorang guru yang baik pasti melahirkan anak murid yang baik juga, kita lihat contoh yang terdekat ada Rasullulah SAW yang menjadi guru kepada para sahabat,
hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah ibn Mas’ud
“Sebaik kurun adalah kurun aku,dan yang terbaik selepas itu adalah generasi yang menyusuri mereka, dan yang terbaik selepas itu adalah yang menyusuri mereka”

Keterangan:
1. “Sebaik kurun adalah kurun aku…..” : Zaman Rasulullah serta Para sahabat
2. “....dan yang terbaik selepas itu adalah generasi yang menyusuri mereke,..”: Para Tabi'in
3. “….dan yang terbaik selepas itu adalah yang menyusuri mereka.” : Para Tabi’tabi’in
Sahih: Lafaz di atas dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 3650 (Kitab al-Manaqib, Bab keutamaan para sahabat). Memiliki beberapa riwayat yang lain dari sejumlah sahabat sebagaimana yang dikemukakan oleh pengarang, sehingga mencapai taraf mutawatir. Lafaznya mungkin berbeza tetapi maksudnya adalah sama.

Ketiga-tiga generasi ini, ulama menganggar tempoh kehidupan mereka adalah selama 300 tahun selepas kewafatan nabi, yang mana ketiga-tiga generasi inilah merupakan generasi yang dinamakan as-salaf as-soleh. Melihat ketiga-tiga generasi ini, kita memikirkan. Bagaimana kita selaku duat di kampus hendak mengambil manhaj as-salaf as-soleh untuk kita memperoleh berkat dalam perjuangan. Bahkan jika kita kaji semula bentuk dakwah yang kita inginkan atau kita cita-citakan adalah dakwah salaf (boleh rujuk kitab risalah ta’alim dan tasawwur asasi islam).

Bergitu juga kita lihat para imam-imam mazhab seperti imam syafie(204h) yang berguru dengan imam malik(179h) dan imam syafie juga adalah anak murid kesayangan imam malik, bergitu juga imam ahmad bin hanbal(241h) berguru dengan imamuna assyafie, bergitu gurunya hebat melahirkan anak murid yang hebat,

Kita lihat al hafiz ibnu qaayim azzauji(751h),al hafiz al-mizzi(742h), alhafiz ibnu kathir(774h),alhafiz azzahabi(748h) berguru dengan imam ibnu taimiyyah(728h) sebagaimana yang di tulis oleh al-imam assuyuti (911h)(tokoh dalam mazhab asyafie) dalam kitabnya tobaqat muhaddisyin
Kita lihat juga jaguh hadith al-hafiz ibnu hajar al-asqolani(852h)(mensyara
hkan fathul bari’) berguru dengan al-hafiz al Iraqi(806h), dan ramai lagi ulama yang hebat dari guru mereka hebat..

Huhh.. tak sempat saya nak urai qawaed fiqh.. insyaAllah kita akan jumpe next time..

Ada sedikit pantun tuk renungan kita semua

Berburu ke padang datar, dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar, bagai bunga kembang tak jadi.

jika silap saya mintak teguran dari semua yang boleh menjadi guru saya ..jazakallah khairal jaza’
SELAMAT HARI GURU….

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP