Jika anda tidak mendidik anak anda zaman akan mendidik anak anda, begitulah kata-kata ibnu khadul dalam kitabnya al muqoddimah,
Melihatkan zaman yang kian pesat membangun kebanyak umat manussia lupa tentang apa yang di ajarkan oleh agama, lihat sahaja lah zaman ini yang telah menyaksikan ketandusan ahlak akibat akibat dari entingnya didikan agama yang menjadi tonggak pada pembangunan,
Pada masa ini saya sedang membaca buku karangan “abdul mutaal jabari” yang bertajuk “jarimah zawaj biqairi muslimah min haisyu fiqh dan siyasah” hukuman mengahwini yang bukan wanita muslim dari sudut fiqh dan politik, namum semakin dalam membaca saya menegnal pasti bahawa pentingnya pemahan terhadap islam untuk membina keluarga islam yang mantap agar terbina masyarakat yang utuh agar tidak terdorong anasir yang tidak menentu.
Islam dalam pembangunan keluarga
Islam adalah agama kehidupan, mana mungkin setelah islam berjaya mendidik umatnya selama 1400 tahun , tiba pada zaman ini islam tidak lagi menjadi agama yang sejahtera,islam berjaya menguasai suku dari dunia, islamlah pelopor kepada semua ilmu yang ada sekarang,
ketikamana imam malik di tanya oleh pemerintah pada zaman yang melihat kebejatan ahlaq golongan muda semakin menjadi-jadi, jawapan imam malik adalah “tidak akan elok ummat ini kecuali jika kembali sebagaimana ummat terdahulu” jawapan imam malik ini dirakamkan oleh ulama, bagaimana umat zaman rasullulah itu elok??, apabila rasullulah sebagi pemimpin memahatkan pemahaman aqedah yang jelas kepada setiap pengikutnya, bila aqedah kita benar, ibadah akan benar sahsiyah juga akan benar.
Bagitulah keluarga, yang pemimpin keluarga apabila menanamkan pemahaman aqeedah yang kuat pada anak-anak pasti bilamana anak-anaknya menjelang usia 21 anaknya tidak terpengaruh ngan anasir yang bakal menjauhkan si anak dari tuntunan agama, dan apabila sebaliknya iaitu ayah dan ibunya pemahaman tentang agama maka zamanlah yang akan mendidik anak tersebut, ibu bapalah tapak kepada pembagunan anak, jika tapak bangunan yang hendak di bina senget, maka rumah akan mudah runtuh, begitu lah perumpamaan yang boleh di ketengahkan
Aqeedah & Pesan kepada golongan muda
Bila kita menyebut “la ilaha illa Allah, muhammad rasullulah” seorang mukmin msti pahami adalah “alla ya’buda Allah illa bima syara’ ” yang bermaksud kita tidak boleh menyembah Allah kecuali dengan cara yang di ajar oleh nabi SAW.
Asas aqeedah bila seorang mukmin menyatakan “la ilaha illa Allah , Muhammad rasullulah”
Bila setiap orang menyatakan “la illa ha illa Alah “ anda mesti berpegang bahawa
1) Tiada objek yang layak si sembah melainkan Allah
2) Semua yang di cipta oleh Allah tidak layak dipanggil tuhan
3) Bila kita lihat orang sembah selain Allah, teguhkan hati bahawa apa yang di sembah adalah mahluk
4) Anda (orang mukmin ) hanya menyembah robbul ‘alamin’tuhan yang menciptakan alam semesta’
Setelah jelas seorang mukmin mengucapkan “Muhammad rasullulah ” dan hendak percaya bahawa
1) Kita tak boleh tinggalkan apa yang di ajar oleh Nabi SAW
2) Membenarkan apa yang di sampaikan
3) Meninggalkan apa yang di larang oleh baginda
4) Kemu tidak boleh melakukan ibadah didalam islam kecuali apa yang di ajar oleh Nabi SAW
Pasaklah ini kepada generasi muda zaman ini insyaAllah 10 tahun akan datang generasi yang dii bentuk dari skrg akan membangun bersama aqeedah yang kuat dan teguh, lihatlah generasi muda yang si pasak dengan akidah yang kukuh dan jelas oleh Rasullulah SAW, seperti Saad Bin Abi waqos ada orang muda pada zaman baginda Rasul SAW, dengan akidah yang dipahatkan oleh baginda, Saad mengheret pedang berjumpa nabi untuk meyertai peperang bersama nabi, nabi baginda SAW tidak membenarkan kerana Saad tidak cukup syarat untuk menyertai peperangan , menagis Saad, begitulah bilamana pembentukan aqeedah yang sempurna, dan orang islam akan seperti Saad bin Abi Waqqos jika aqeedah yang di pasakan adalah aqeedah yang benar yang kukuh..
Didik anak anda dengan aqeedah yang pertama
Mejorti orang islam lebih memahami perkara yang membatal solat dari perkara yang membatal iman,lebih memahami perkara yang membatalkan wudu’ dari perkara yang merosakan aqeedah, pendidikan kita telah di paling dengan apa yang paling utama,padahal aqqeedah adalah perkara yang utama, bila rosak aqeedah maka rosak amal ibadah, bila bejatnya iman maka tiada erti amal.. ini lah yang terjadi pada zaman ini, mereka bersolat tapi masih melakukan maksiat, mereka berzakat dan berpuasa tp masih mendedehkan aurat, mereka bersolat tp masih mempercayai tangkal.dan mendatangi tukang sihir.
Didiklah anak2 anda dengan didikan aqeedah yang yang pertama `, bila aqeedah teguh amal ibadah jpasti terima, bila anak dikenalkan dengan aqeedah lebih dahulu maka mereka akan melakukan amal tanpa di suruh kerana pasaknya aqeedah, mereka telah di pahatkan dengan keyakinan bahawa Allah mengetahui segalanya, jadi mana mungkin seorang yang aqeedahnya kukuh tidak melakukan apa yang disuruh oleh Allah dan pasti mereka akan meninggalkan apa yang di larang asbab dari akidah yang kuat dan jelas..
Kata imam ghazali “jika anda mahu melihatkan islam 20 tahun akan datang lihatlah kamu lihatlah anak yang isteri kamu lahirkan, itulah yang menunjukan asas islam 20-30 tahun akan datang”
Mudahan kita dapat menjaga aqeedah kita semua, bak kata sahabat saya yang menukilkan kata- umar al-khatab “Aku tak kisah selama ujian itu tidak menjejaskan iman dan agamaku ”
Waassalam.......