gambar hiasan
Orang kaya susah cerai..orang miskin senang cerai..
Bila kita berbicara soal material dalam menilai cinta amat sukar untuk di perkatakan..
Kerana cinta cinta adalah perasan yang lahir selaku fitrah manusia, orang cinta menyintai ada pelbagai sebab, ada yang di sebabkan keturunan, mcm kita lihat pada keturunan raja, ada yang jatuh cinta di sebabkan rupa, mcm selebriti2, ada juga yang jatuh cinta di sebabkan agama dan tidak kurang juga yang jatuh cinta di sebabkan harta material, ini telah pun di jelaskan oleh nabi pada 1400 tahun dahulu ,
Sabda Rasulullah bermaksud, “Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda, “Perempuan itu dinilai kerana empat perkara iaitu kerana hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya, lalu pilihlah perempuan yang beragama nescaya kamu bahagia
(Muttafaqun Alaihi)
Namun apa yang nak di perkatakan kat sini bila cinta berdasarkan harta, kita tidak nafikan harta sedikit sebanyak membantu pemiliknya dalam dalam mengecapi nikmat bahagia, namun harta semata2 bukanlah syarat untuk manusia bahagia,
قال الله تعالى
زين للناس حب الشهوات من النساء والبنين والقناطير المقنطرة من الذهب
والفضة والخيل المسومة و الأنعام والحرث، ذلك متاع الحياة الدنيا، والله عنده حسن المآب
Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda Yang diingini nafsu, Iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda Yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan Yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali Yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Benarkah kata2 ini yang penulis mendengar di radio IKIM ketika mana sedang menunggu ibunda penulis ketika sedang menerima terapi di segamat??
Orang kaya susah cerai dan orang miskin mudah cerai..mungkin ada benarnya kata-kata ini.. jika kita perhatikan orang kaya bila hendak bercerai pasti banyak kerenah birokrasi yang kene settlekan.. dari segi nafkah, tuntutan kedua2 belah pihak, pastinya bukan sikit .. jika kita pernah dgr dato k yang sebelom beliau berkhawin dgn dato’ siti, bekas isteri beliau menuntut juta-juta jugak lah sebagai harta sepencarian kalo tak silap…
Bila sudah kaya pasti glamor, biasenya orang yang kaya dan glamor ni akan sedaya upaya nak jaga publisiti masing-masing agar tiada gossip-gosip yang bakal menjatuhkan nama baiknya.. semasa penulis menuntut di JB penulis sempat study kanun acara jenayah yang di ajar oleh lec dari UTM sedikit sebanyak mengheret penulis ke mahkamah syariah yang ketika itu ada sedang menyelesaikan kes dato’ sapa tah ngan datin.. huhh siap repoter datang, pastinya kes dato’ ni terpanpang di dada ahbar
Bagi penulis mungkin penyataan ini ada benarnya.. ialah jika orang yang tidak mempunyai apa2 pasti tidak berfikir panjang jika penceraian mungkin akan terjadi, tak der nak fikir2 tentang perkongsian harta, tak der populariti.. jadi tak kisah sangat laa
CALON ISTERI MENSYARATKAN CALON SUAMI MEMPUNYAI HARTA DAHULU
Ermm
Diboleh hukumnya seorang perempuan mensyaratkan agar calon suaminya mempunyai harta dalam jumlah tertentu sebelum menikah. Namun disyaratkan jumlah hartanya masih dalam batas-batas kesanggupan calon suami. Jika jumlah harta tersebut di luar kesanggupan calon suami, maka persyaratan yang dibuat perempuan itu batal dan tidak berlaku.
Dalil bolehnya membuat persyaratan mcm itu antara lain sabda Nabi SAW :
“Kaum muslimin [bermuamalah] sesuai syarat-syarat di antara mereka, kecuali syarat yang yang mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.” (HR Abu Dawud no 3120; Ath-Thabrani no 13507).
Hadis ini menunjukkan bolehnya kaum muslimin membuat syarat-syarat yang mereka tetapkan sendiri (disebut syarat ja’liy) dalam berbagai muamalah mereka, misalnya dalam akad jual beli, ijarah (sewa), syirkah, dan nikah. Namun syarat semacam ini dibatasi oleh batasan syar’i-nya, yaitu tidak boleh menyalahi nash atau hukum syara’. Sebab Nabi SAW bersabda :
“Setiap syarat yang menyalahi Kitabullah adalah batil, meskipun ditetapkan seratus syarat.” (HR Bukhari no 2529; Ibnu Majah no 2512). (Lihat pembahasan syarat ja’liy dan syarat syar’iy [syarat taklif] dalam Wahbah Az-Zuhaili, Ushul Al-Fiqh Al-Islami, 1/101; Taqiyuddin An-Nabhani, Asy-Syakhshiyah Al-Islamiyah (Ushul Fiqih), 3/53; M. Husain Abdullah, Al-Wadhih fi Ushul Al-Fiqh, h. 238).
Selain dalil umum di atas, terdapat pula dalil khusus yang membolehkan membuat syarat sendiri dalam pernikahan. Sabda Nabi SAW :
“Sesungguhnya syarat yang paling berhak untuk dipenuhi, adalah apa-apa yang dengannya dapat menghalalkan farji bagimu [nikah].” (HR Abu Dawud no 1827; An-Nasa`i no 1056; Ahmad no 16664).
Jadi, boleh hukumnya perempuan mensyaratkan calon suaminya mempunyai harta lebih dulu dalam jumlah tertentu, misal harus mempunyai uang RM 1 juta, atau mempunyai rumah banglo mcm dato’ yusoff aslam, kereta BWM 7series, dan sebagainya. Semua syarat ini dibolehkan selama masih berada dalam batas-batas kesanggupan calon suami.
Namun jika syarat itu di luar kesanggupan calon suami, maka syarat itu dianggap batal dan tidak berlaku, karena telah menyalahi nash syara’. Sebab syara’ telah melarang memberikan beban kepada seseorang yang melampaui batas kemampuannya. Allah SWT berfirman :
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (QS Al-Baqarah [2]:286).
Di samping itu, persyaratan yang di luar kesanggupan calon suami juga menyalahi nash-nash syara’ yang menganjurkan agar nikah itu dipermudah atau diperingan. Contohnya :
(1) Pada saat menjumpai seorang sahabat yang tidak mempunyai harta apa-apa untuk mahar pernikahannya, Nabi SAW bersabda :
“Carilah walau hanya sebentuk cincin dari besi.” (HR Bukhari no 4740; An-Nasa`i no 3306; Ahmad 21783).
gambar hiasan
(2) Mengenai mahar yang menjadi hak perempuan dan kewajipan laki-laki, Nabi SAW bersabda :
“Sebaik-baik mahar, adalah mahar yang paling ringan [bagi laki-laki].” (HR Al-Hakim, Al-Mustadrak no 2692; Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/152)..
Kesimpulannya, boleh hukumnya perempuan mensyaratkan calon suaminya mempunyai harta lebih dulu dalam jumlah tertentu, selama masih berada dalam batas-batas kesanggupan calon suami. Jika di luar kesanggupan calon suami, syarat itu batal dan tak boleh diberlakukan, kerana telah menyalahi nash syara’





