Jul 12, 2009

transformers pun ada hati



Subulas Salam: pe kata buat report tu sambil dgr lagu senario
Subulas Salam: hehe
Subulas Salam: eaaaa
Subulas Salam: aduuu hal apa lak??
Subulas Salam: hehe
Member holand: lagu senario?
Subulas Salam: haah
Subulas Salam: lagu yang sempoi2
Member holand: hmm..
Member holand: biasa la.. hal2 lain
Member holand: hahaha
Subulas Salam: yang agak dapat gelikan ati
Member holand: rs mcm best klu ada akal je skrang, tak de hati
Subulas Salam: eaaaaa
Subulas Salam: ada akal tak der hati??
Subulas Salam: ermmm
Subulas Salam: tak nak arr,, nak ada 2-2 tu
Member holand: hmm.. mcm jahat lak pernyataan tu
Subulas Salam: tak per2.biase arrr
Subulas Salam: rasenyer robot jek kot mcm tu
Member holand: ha ah
Member holand: betul
Subulas Salam: tranfomes pon ada hati
Subulas Salam: hehe
Member holand: tak de la nk kecik ati ke, rindu ke, marah ke, kan
Member holand: oo.. transformer ada ati ek
Subulas Salam: haah
Subulas Salam: tgk dier ada rase marah kat org jahat
Member holand: hehehe

Perbualan sebegini biase jek bg orang yang sedang tension…bukan sahaja dier..kite,anda awak ,kamu pun boleh jadi akan mengatakan sebegini..
sangat hebat allah yang yang menciptakan mahluk yang bernama manusia ini yang mempunyai naluri yang ada akal, hati dan nafsu, di sebabkan akal manusia boleh menilaikan sesuatu, di sbb nafsu juga mendorong sesorang berjaya atau gagal dan di sebab hati manusia boleh beremosi,gembira sedih dan sebagainya..

akal fikiran
firman Allah:

Maksudnya : “ Sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya) ”.

Berdasarkan ayat tersebut, para ulama’ sepakat mengatakan bahawa kemuliaan manusia berbanding makhluk-makhluk Allah yang lain adalah disebabkan kemampuan manusia menguasai kebijaksanaan dengan akal fikiran. Dimana akal fikiran manusia mampu membezakan antara yang baik dan yang buruk atau diantara yang hak dengan yang batil.

Namun begitu kemuliaan dan keagongan tersebut tidak datang begitu sahaja, sebaliknya ia perlu dipenuhi dengan syarat-syaratnya, iaitu manusia perlu beriman kepada Allah s.w.t. dengan sebenar-benarnya serta mengerjakan amal soleh. Sebaliknya jika manusia tidak beriman dan tidak berpegang dengan apa yang diperintahkan oleh Allah, maka ia akan dicampakkan ke tempat yang serendah-rendahnya iaitu azab api neraka. Malahan manusia tidak berhak untuk menerima gelaran kemuliaan tersebut. Firman Allah dalam surah at-Tin ayat 5 - 6 :

Maksudnya : “ Kemudian ( jika ia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu ), kami kembalikan dia keserendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus ”.

Apabila manusia tidak menggunakan akal fikiran atau terlibat dengan perkara2 yang boleh merosakan akal fikiran , maka ketika itu manusia tidak layak lagi menjadi makhluk Allah yang paling mulia. Hal ini sebagaimana yang digambarkan oleh Allah dalam surah al-A’raf ayat 179 :


Maksudnya : Dan Sesungguhnya kami jadikan untuk neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti-bukti kekuasaan Allah), dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat) ; mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. mereka Itulah orang-orang yang lalai.

Dari ayat tersebut, jelaslah bahawa apabila manusia mengabaikan akal fikiran serta tidak digunakan mengikut fitrah ia diciptakan oleh Allah, maka manusia pada ketika itu tidak layak lagi dimuliakan bahkan martabatnya menjadi lebih rendah dari binatang ternak
.
Nafsu dan akibat tunduk kepadanya
Persoalanya adalah bagaimanakah kite harus menguna 3 anugerah yang di kurniakan oleh Allah ni pada tempat yang betol pada kehendak syariat.. jika kita lihat banyak dan ramai orang yang membunuh diri di sbb kan tidak dapat mengawal 3 unsur ni.. Di Jepun umpamanya…bunuh diri dikenali sebagai Harakiri Jepun merupakan negara dengan angka bunuh diri tertinggi di dunia bersama dengan Rusia dan Hungaria. Lebih dari 30.000 penduduknya bunuh diri selama beberapa tahun berturut-turut.
Menurut Tsurumi (penulis buku Panduan Lengkap Bunuh Diri)”tgk ada panduan untuk bunuh diri..ish2” bunuh diri lebih banyak disebabkan kehidupan yang membosankan. Pekerjaan dan masalah yang sama yang dihadapi tiap hari. "masalah terbesar dalam hidup adalah bagaimana untuk tetap hidup setiap hari tanpa merasa hampa dan kecewa ," ujarnya seraya tersenyum sinis..
Meski menyokong bunuh diri, Tsurumi menentang bunuh diri berkelompok atau beramai yang sedang mula di buat di Jepun. Sekelompok orang yang bertemu di internet membuat janji untuk bunuh diri bersama. "Kamu harus membuat keputusan sendiri untuk hidupmu," tegasnya lagi.
Hehhe tgk kat jepun susahkan kan ..sbb tu islam ini adalah agama fitrah menjaga 5 perkara iaitu agama, jiwa, nasab, akal dan harta seperti yang di jelaskan oleh assyatibi dalam bukunya Al-mufaqot..

Kesalahan membunuh diri merupakah satu kesalahan yang terlalu besar. Orang yang membunuh dirinya akan diazab di akhirat kelak sebagaimana dia membunuh dirinya di dunia sepertimana dijelaskan oleh Nabi S.A.W.

Abu Hurairah R.A. meriwayakan dari Nabi S.A.W.
مَنْ تَرَدَّى مِنْ جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَهُوَ فِي نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فِيهِ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ ‏ ‏تَحَسَّى ‏ ‏سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ فَسُمُّهُ فِي يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا وَمَنْ قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ فَحَدِيدَتُهُ فِي يَدِهِ يَجَأُ بِهَا فِي بَطْنِهِ فِي نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا
Maksudnya: “Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Menundukan hawa nafsu
Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin Ash rodhiallahu ‘anhu dia berkata: Rasulullah bersabda, “Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran yang aku bawa.” (Hadits shahih, kami riwayatkan dalam kitab Al-Hujjah dengan sanad yang shahih)
Sempurnanya iman hanya boleh diraih dengan menundukkan hawa nafsu untuk mengikuti semua yang di ajarkan Rasulullah sholallahu ‘alaihi wa sallam. Yaitu dengan mendahulukan kehendak Allah atas kehendak diri terutama ketika terjadi pertentangan kehendak. Demikianlah banyak ayat dan hadits yang semakna dengan hadits ini. Walau secara sanad hadits ini didho’ifkan oleh banyak ulama.

Penafian iman di sini diartikan sebagai penafian kesempurnaan. Karena seperti telah dibahas di atas bahwa penafian ada dua macam. Penafian iman sama sekali dan penafian kesempurnaannya

Hati
Bak kata allahyarham sudirman “milik siapakah hati ini” waduhh Karen bagat sieehh..hehe Hatilah yang mendorang seorang manusia mempunyi perasaan, perasaan cinta rindu sayang adalah terbit dari hati, jika tidak masakan ada pepatah “dari mata jatuh kehati..tak bestkan ari2 kite lalui hanya ada 1 jek perasaan contohnya ada perasaan happy jek,, dari celik mata di pagi hari hingga ke malam hari untuk tidur kite rase happy..agak2nyer best tak??tak best kan..untungkan manusia di hiasi dengan pelbagai perasaan,, anda pernah tak melihat haiwan ketawa??hehhe..rase2 tak pernahkan…sapa pernah tgk alamat arr tu..tp sebenarnya haiwan ada hati..dalam satu peristiwa dimana seorang sahabat nabi hendak sembelih binatang peliharaanya..sahabat tersebut mengasah pisau di hadapan binatang tersebut lalu rasullulah bersabda “adakah engaku mahu menyembelih binatang tersebut 2 kali”..ermmm dan ada juga orang berselisih pendapat persoalanya di mana letakanya hati?? Wallau a’lam

kesucian hati tersebut sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah S.A.W
Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati” (Riwayat Muslim)

Allah SWT berfirman:
أَلَمْ يَأْنِ لِلَّذِينَ آمَنُوا أَن تَخْشَعَ قُلُوبُهُمْ لِذِكْرِ اللَّهِ وَمَا نَزَلَ مِنَ الْحَقِّ وَلَا يَكُونُوا كَالَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ مِن قَبْلُ فَطَالَ عَلَيْهِمُ الْأَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوبُهُمْ وَكَثِيرٌ مِّنْهُمْ فَاسِقُونَ
Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik. (QS Al Hadid:16)

Perhatikanlah perkataan Al Imam al ‘Allamah Ibnul Qayyim -rahimahullah- berikut:
“Kelazatan (yang dirasakan oleh hati) setiap orang, bergantung pada sejauh mana keinginannya dalam mendekatkan diri kepada Allah I, dan (keinginannya dalam meraih) kemuliaan dirinya. Maka, orang yang paling mulia jiwanya, yang paling tinggi derajatnya dalam merasakan kelezatan (dalam hatinya), adalah (orang yang paling) mengenal Allah, yang paling mencintai Allah, yang paling rindu dengan perjumpaan denganNya, dan yang paling (kuat) mendekatkan dirinya kepadaNya dengan segala hal yang dicintai dan diridhai olehNya”. kitab Fawa-id al Fawa-id, hlm. 376
Penutup
Terpulanglah kepada kita bagai mana kita harus menguna 3 unsur yang di anugerahkan oleh Allah,
Saya teringat kata imam alghazali “pandangan mata selalu menipu,, pandangan akal selalu tersalah..pandangan nafsu selalu melulu, padangan hati itu yang hakiki kalau hati itu bersih”
Padangan hati itu yang hakiki bila mana hati itu bersih…wassalam

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP