PASARAN SAHAM PADA PANDANGAN ISLAM,,maaf ini adalah salah satu soalan yang di tanyer kan oleh seorang sahabat dari singpore-saham dan hukumya--
Saham adalah akitiviti pelaburan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang yang halal di mana segala urus niaganya adalah diharuskan oleh Islam. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang perlu diambil kira bagi memastikan sesuatu saham yang ingin dilaburkan itu halal dan tidak menyalahi prinsip muamalah Islam. Urus niaga saham dalam sesuatu institusi syarikat atau stok yang memperniagakan sesuatu yang dibenarkankan oleh Islam hukumnya harus kerana ia disifatkan sebagai berkongsi berbentuk pelaburan dalam sesuatu aktiviti perniagaan yang dilaksanakan. Ini adalah bersandarkan kepada firman Allah s.w.t dalam surah Al-Qasas, ayat 77 yang bermaksud : " Dan carilah pada apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu (kebahagiaan) negeri Akhirat dan janganlah kamu melupakan bahagianmu dari (kenikmatan) duniawi...".
Dengan demikian saham yang dimiliki itu boleh diperjualbelikan sepertimana urus niaga muamalah lain. Urus niaga saham juga sekiranya telah cukup haul yang ditetapkan maka wajib dikenakan zakat perniagaan sebanyak 2.5% dan istimewanya saham juga boleh diwakafkan sepertimana harta alih lain bagi tujuan kebajikan. Sarjana Ekonomi Islam yang terkenal Abd. Al-Rahman Zaki Ibrahim (1998) menyatakan bahawa bursa saham adalah institusi permodalan contoh yang muncul dan berkembang semasa berkembangnya sistem kapitalis Barat. Contoh bursa ialah pasaran saham dan syer atau bon kerajaan yang beroperasi secara tunai (cepat) dan bertangguh atau hutang. Bursa memberikan banyak kebaikan kerana pemegang saham boleh mengetahui turun dan naik harga saham setiap hari melalui papan harga yang dipamerkan di syarikat bursa. Saham boleh ditukarkan kepada wang atau sebaliknya pada bila-bila masa sahaja. Saham juga boleh menjadi harta cair secara runcit atau seluruhnya pada bila-bila masa tanpa memecahkan harta tersebut. Dengan cara ini, bursa menggalakkan orang ramai untuk melaburkan harta masing-masing.
(Petunjuk Amalan Ekonomi Islam, DBP, halaman 176-177) Keharusan pembelian dan aktiviti saham tertakluk kepada beberapa syarat dan piawaian ketat yang ditetapkan oleh Islam. Menurut Nik Mustapha Nik Hassan (2006) urusniaga tersebut hendaklah tidak terdapat sebarang elemen riba dalam sumber pembiayaan pelaburan; tidak wujud unsur maisir atau judi dalam mekanisme kegiatan pelaburan; tidak terdapat elemen gharar atau sesuatu yang tidak jelas dan kabur dalam aktiviti-aktiviti ekonomi syarikat dan ianya tidak bercanggah dengan syariah; serta tidak terdapat unsur manipulasi pasaran atau bersifat penindasan yang boleh mempengaruhi harga sesuatu saham untuk kepentingan diri atau institusi terbabit.
(Pentingnya Sektor Kewangan Dan Pasaran Saham, Berita Harian, 4 Oktober )
sumber dari hardis midi....
Seks Songsang Dalam Dunia Yang Rencam
2 days ago



