
setelah aku dihujani dengan Sikap segelintir kawan-kawan yang mengata aku pro wahabi, pro DR asri lah apalah ,,aku mengambil jalan untuk menulis artikel "adab dalam menuntut ilmu" agar kita semua sama-sama jelas hadap dan matlamat kita selaku pengaji ilmu agama
Manusia sememangnya tidak dapat lari dari perselisihan dan perbezaan pendapat sama ada dalam urusan dunia mahupun dalam urusan agama, apatah lagi dalam perkara-perkara berkaitan ibadah. Masing-masing mempunyai pandangan tersendiri dan merasakan diri di pihak yang benar. Namun persoalannya di sini, bagaimanakah sikap kita dalam menghadapi perselisihan? Bagaimanakah untuk kita menentukan kebenaran sesuatu permasalahan?
Sejak lebih kurang 1400 tahun yang lampau, di zaman kegemilangan umat Islam iaitulah pada kurun yang terbaik, Rasulullah saw telah menjelaskan pada umatnya darihal perkara yang akan berlaku di masa hadapan…..bahawa umat Muhammad ini yang pada ketika itu bersatu kukuh dan teguh di atas satu manhaj, umat ini akan berpecah kepada bergolong-golongan sama seperti yang berlaku kepada ahli kitab. Rasulullah menjelaskan umat Islam ini akan berpecah kepada 72 golongan di mana masing-masing golongan mengaku bermanhajkan Al-Quran dan Sunnah Rasul namun i’tiqad dan kefahaman setiap golongan saling bercanggah antara satu sama lain. Setiap golongan mengaku mereka di atas manhaj yang benar dan saling menyalahkan golongan lainnya.
Golongan Muktazilah mempunyai dalil dari Al-Quran dan Sunnah, golongan Syiah mempunyai hujahnya daripada Al-Quran dan Sunnah, golongan Rafidhah mempunyai hujahnya, setiap golongan mempunyai hujah mereka berdalilkan Al-Quran dan Hadis. Khawarij mempunyai hujahnya dari Al-Quran dan Sunnah. Namun mengapa masih timbul perbezaan fahaman sedangkan masing-masing merujuk pada sumber yang sama; Al-Quran dan Sunnah Rasul saw?!
Maka jawapannya iaitulah kerana masing-masing mentafsirkan Al-Quran mengikut fahaman mereka sendiri tanpa merujuk dan tunduk pada tafsiran Rasul saw. Wujudnya mazhab2 dlm islam menyebabkan wujudnya manhaj2 yang berlainan dalam mentafsir Al-Quran, ada yang mentafsir secara sufi, ada yang mentafsir semata-mata atas dasar bahasa, ada yang mentafsir mengikut apa yang dirasakan sesuai dengan nalurinya/mazhabnya.
Faktor kedua iaitulah masing2 golongan lebih mengutamakan pandangan guru masing-masing sehingga membelakangkan dalil-dalil daripadd al-quran dan hadis yang dirasakan bertentangan dengan fahaman mereka. Apabila sesuatu dalil yang sahih itu ditunjukkan kepada mereka, hanya kerana dalil itu datang dari mazhab yang tidak sealiran dengan fahaman mereka, lalu mereka mengetepikan dalil tersebut dengan alasan “itu dalil mereka, kita ada dalil kita”. Tanpa mereka meneliti dalil manakah yang lebih sahih lebih sarih, mereka terus bersikap tertutup, hanya mengamalkan apa yang sesuai dan telah diamalkan oleh mazhab mereka sedangkan ulama ahli hadis telah sepakat, wajib berpegang pada sesuatu hadis apabila telah sahih riwayatnya….namun kaedah ini hanya tinggal kaedah, ianya sekadar satu akademik/teori bagi pelajar2 pengajian Islam khususnya, bukan untuk diamalkan.
Ayat-ayat al-quran dan hadis nabi sekadar menjadi halwa telinga, bahan untuk berdebat tanpa masing2 bersikap tulus dan tunduk pada apa yang dibawakan oleh mafhum dalil tersebut.
اَلاَ وَاِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ اَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوْا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِيْنَ مِلَّةً وَاِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلاَثٍ وَسَبْعِيْنَ، ثِنْتَانِ وَسَبْعُوْنَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِيَ الْجَمَاعَةُ
“Ketahuilah, sesungguhnya umat-umat sebelum kamu dari kalangan ahli kitab telah berpecah-belah menjadi tujuh puluh dua golongan. Dan sesungguhnya agama kita ini (Islam) akan berpecah-belah menjadi tujuh puluh tiga golongan, yang tujuh puluh dua golongan akan masuk neraka dan yang satu golongan, iaitu Al-Jamaah akan masuk syurga.” Hadits ini diriwayatkan oleh Ahmad dan lainnya. Hadits hasanDan di riwayat lainnya Rasulullah saw. bersabda :
كُلُّهُمْ فِي النَّارِ اِلاَّ مِلَّةً وَاحِدَةً، مَا اَنَا عَلَيْهِ وَاَصْحَابِيْ
“Semua masuk neraka, kecuali satu (iaitu golongan) yang sehaluan dengan aku beserta para sahabatku.” H.R. At-Tirmidzi. Al-Albani menilai hadits ini sebagai hasan-SAHIH AL-JAMI’ : 5219.
“Semua masuk neraka, kecuali satu (iaitu golongan) yang sehaluan dengan aku beserta para sahabatku.” H.R. At-Tirmidzi. Al-Albani menilai hadits ini sebagai hasan-SAHIH AL-JAMI’ : 5219.
Renungkanlah hadits ini sebagai pedoman bersama;
عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ وَعَظَنَا رَسُولُ الله ص مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقُلْنَا يَا رسولَ الله كَاَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَاَوْصِنَا قَالَ اُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَاَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاثِ الاُمُورِ فَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Daripada Irbadh bin Sarriyah ia berkata: Rasulullah saw memberi nasihat kepada kami yang membuat hati kami bergetar dan berlinangan air mata (kerana terharu). Kami berkata: Ya Rasulullah, seakan-akan ini adalah nasihat perpisahan maka berilah kami wasiat. Maka beliau bersabda: Aku wasiatkan kepada kamu sekalian untuk tetap bertaqwa kepada Allah dan sentiasa mendengar dan taat walau yang memimpin kamu adalah seorang hamba. Maka sesungguhnya barangsiapa yang hidup di kalangan kamu (berumur panjang) nescaya dia akan melihat perselisihan yang banyak, oleh kerana itu kalian wajib berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah khalifah-khalifah Ar-Rasyidin yang diberi petunjuk, gigitlah sunnah itu dengan gigi geraham dan jauhilah perkara-perkara baru yang diada-adakan (dalam urusan agama) kerana sesungguhnya setiap yang baru/bid’ah itu sesat عَنِ الْعِرْبَاضِ بْنِ سَارِيَةَ قَالَ وَعَظَنَا رَسُولُ الله ص مَوْعِظَةً وَجِلَتْ مِنْهَا الْقُلُوبُ وَذَرِفَتْ مِنْهَا الْعُيُونُ فَقُلْنَا يَا رسولَ الله كَاَنَّهَا مَوْعِظَةُ مُوَدِّعٍ فَاَوْصِنَا قَالَ اُوصِيكُمْ بِتَقْوَى اللهِ عَزَّ وَجَلَّ وَالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ وَاِنْ تَاَمَّرَ عَلَيْكُمْ عَبْدٌ فَاِنَّهُ مَنْ يَعِشْ مِنْكُمْ فَسَيَرَى اخْتِلاَفًا كَثِيْرًا فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِيْ وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِيْنَ الْمَهْدِيِّيْنَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ وَاِيَّاكُمْ وَمُحْدَثَاثِ الاُمُورِ فَاِنَّ كُلَّ بِدْعَةٍ ضَلاَلَةٌ
Ahmad, Abu Daud, Tirmizi, Ibnu Majah
ADAB DLM PENCARIAN ILMU – STATE DAHULUKAN ALLAH DAN RASUL
penerimaan ilmu; kita terima ilmu dgn melihat pada orang/darjat/pangkat seseorang itu atau melihat pada kebenaran dalil yg disampaikan???. Byk org utk menerima /menolak suatu pandangan mereka nilaikan dari sudut sijil atau pangkat, sedangkan islam mgajar nilai pada sudut kesahihan dalil. Walaupun yang menyampai seorang hamba habsyi, seorg miskin, orang kampung, budak kecil tapi apa yang disampaikan adalah bnar, wajib kita terima. Imam syaukani penulis kitab nailul authar seorang syiah, tapi kita tidak nilai pada fahamannya, kita nilai pada kesahihan hadis yang disampaikan. Hatta klu seorang rafidhah sekalipun, kita boleh terima perkhabaranya jika benar sahih. Ini manhaj ahli hadis, kita tolak perawi rafidhah bIla ia ceritakan tentang rafidhah, tapi kalau cite bab lain dan ia shahaih kita kena pakai. Jgn nilai kebenaran imu dari sudut personality tapi kebenaran dalil. State nabi suruh dengar walau dari hamba habsyi, ini menunjukkan tidak tengok pada personaliti tapi kebenaran apa yg disampaikan.
Jgn lupa statekan apa-apa yg diajar tgk dulu, yang betul dengan syara’ ambil, yang salah jangan pakai. Yg aku cite ni yg ni yg terbaik aku ada. Bila ada org ajar macam lain, tengok dalil dia. Ambil yang lebih sahih. Kedepankan jika aku jmpa yang lebih kukuh, kita ambil yg lebih kukuh, tinggalkan apa yang tidak jelas.
Golongan yang selamat tidak mendahulukan perkataan seseorang atas firman Allah dan sabda Rasul-Nya. Ini dijelaskan oleh Allah dari firman-Nya :
يَا اَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا لاَ تُقَدِّمُوْا بَيْنَ يَدَىِ اللهِ وَرَسُوْلِهِ وَاتَّقُوْا اللهَ اِنَّ اللهَ سَمِيْعٌ عَلِيْمٌ
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Q.S. Al-Hujurat ayat 1 [49:1]
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah kalian mendahului Allah dan Rasul-Nya, dan bertaqwalah kalian kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.” Q.S. Al-Hujurat ayat 1 [49:1]
Dan Ibnu Abbas berkata :
اَرَاهُمْ سَيُهْلِكُوْنَ، اَقُوْلُ " قَالَ النَّبِيُّ ص " وَيَقُوْلُوْنَ " قَالَ اَبُوْ بَكْرٍ وَعُمَرُ "
“Aku kira mereka akan binasa. Aku berkata : Nabi saw. telah bersabda, namun mereka mengatakan, Abu Bakar dan Umar berkata.” Riwayat Ahmad dan lainnya. Ahmad Syakir menilaikannya shahih.
اَرَاهُمْ سَيُهْلِكُوْنَ، اَقُوْلُ " قَالَ النَّبِيُّ ص " وَيَقُوْلُوْنَ " قَالَ اَبُوْ بَكْرٍ وَعُمَرُ "
“Aku kira mereka akan binasa. Aku berkata : Nabi saw. telah bersabda, namun mereka mengatakan, Abu Bakar dan Umar berkata.” Riwayat Ahmad dan lainnya. Ahmad Syakir menilaikannya shahih.
Sikap berpuak-puak/bergolong-golongan, taksub kepada pandangan guru masing-masing menyebabkan hilangnya keikhlasan dalam menuntut ilmu di mana apa jua pandangan yang mnyalahi gurunya akan ditolak walau ianya berdalilkan dalil yang shahih. Kita hanya menerima apa yang disampaikan oleh guru kita atau mereka yang sealiran dengan mazhab kita lalu kita menolak pandangan-pandangan lainnya tanpa terlebih dahulu kita meneliti dalil dan keterangannya. Inilah satu sikap yang telah berlaku di kalangan ahli kitab dan sesungguhnya Allah telah memberi peringatan darihal perkara ini. Firman Allah untuk kita renungkan: Ar-Ruum ayat 31-32 [30:31-32]
وَلاَ تَكُوْنُوْا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ * مِنَ الَّذِيْنَ فَرَّقُوْا دِيْنَهُمْ وَكَانُوْا شِيَعًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُوْنَ
Dan jangan kamu termasuk orang-orang yang mempersekutukan Allah * iaitu orang-orang yang memecah-belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan, tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka
Sewajarnya kita bersikap ikhlas dalam menuntut ilmu Islam. Apabila kita bercakap tentang Islam, kita bercakap tentang syariat Allah, peraturan yang telah Allah gariskan untuk umat manusia. Tiada manusia walaupun ia seorang ulama besar yang ilmunya dapat mencakup seluruh ajaran Islam. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan dalam ilmu mereka. Sabda Rasulullah saw.:
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ خَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat.”
Hadits hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
كُلُّ بَنِي آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ خَطَّائِيْنَ التَّوَّابُوْنَ
“Setiap anak Adam membuat kesilapan dan sebaik baik kesilapan adalah mereka yang bertaubat.”
Hadits hasan diriwayatkan oleh Imam Ahmad.
Sifat taksub/fanatik atau bertaqlied/mengikat diri dengan seorang guru atau ulama adalah terlarang kerana mereka juga tidak terlepas dari kesilapan.
Kata Imam Malik “semua cakap di teriam dan di tolak kecuali cakap dan sabda yang ma’sum(Nabi SAW) ”.
Apa yang perlu kita ambil dari seorang guru/ustaz atau ulama adalah dalil dari penyampaiannya bukan kata-kata seorang ulama. Ini disepakati oleh sekian banyak imam-imam Ahli Sunnah Wal-Jamaah. Telah berkata Imam Ahmad :رَأْيُ الأَوْزَاعِي وَرَأْيُ مَالِكٍ وَرَأْيُ أَبِيْ حَنِيْفَةِ كُلُّهُ رَأْيٌ وَهُوَ عِنْدِيْ سَوَاءٌ وَاِنَّمَا الْحُجَّةُ فِي الآثَارِ
“Fikiran Al-Auzaie, fikiran Malik dan fikiran Abi Hanifah, semuanya fikiran, bagiku adalah sama sahaja, adapun yang menjadi hujjah adalah hadits.”
“Fikiran Al-Auzaie, fikiran Malik dan fikiran Abi Hanifah, semuanya fikiran, bagiku adalah sama sahaja, adapun yang menjadi hujjah adalah hadits.”
Imam Asy-Syafie berkata :
اِذَا وَجَدْتُمْ فِيْ كِتَابِيْ خِلاَفَ سُنَّةَ رَسُوْلِ اللهِ ص فَقُوْلُوْا بِسُنَّةِ رَسُوْلِ اللهِ ص وَدَعُوْا مَا قُلْتُ
“Apabila kamu dapati dalam kitabku bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw. maka katalah pendapat kamu dengan mengikut Sunnah Rasulullah saw. dan tinggallah apa yang aku kata.”
“Apabila kamu dapati dalam kitabku bertentangan dengan sunnah Rasulullah saw. maka katalah pendapat kamu dengan mengikut Sunnah Rasulullah saw. dan tinggallah apa yang aku kata.”
Imam Abu Hanifah berkata :
حَرَامٌ عَلَى مَنْ لَمْ يَعْرِفْ دَلِيْلِيْ اَنْ يَفْتِيَ بِكَلاَمِيْ فَاِنَّنَا بَشَرٌ نَقُوْلُ الْقَوْلَ الْيَوْمَ وَنَرْجِعُ عَنْهُ غَدًا
“Haram ke atas orang yang tidak mengetahui dalil aku untuk mengatakan pendapatku, bahawa kami manusia, bercakap hari ini dan kami tariknya pada esok hari.”
“Haram ke atas orang yang tidak mengetahui dalil aku untuk mengatakan pendapatku, bahawa kami manusia, bercakap hari ini dan kami tariknya pada esok hari.”
Berkata Imam Malik :
اِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ أُخْطِئُ وَأُصِيْبُ فَانْظُرُوْا فِيْ رَأْيِيْ فَكُلُّ مَا وَافَقَ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ فَخُذُوْهُ وَكُلُّ مَا لَمْ يُوَافِقِ الْكِتَابَ وَالسُّنَّةَ فَاتْرُكُوْهُ
“Adapun aku ini kadang kala salah kadang kala betul, oleh itu lihatlah pendapatku. Jika pendapatku itu selari dengan kitab (Al-Quran) dan Al-Sunnah, maka ambillah. Tiap tiap pendapatku yang tidak selari dengan Kitab dan Sunnah, maka tinggalkannya.”
“Adapun aku ini kadang kala salah kadang kala betul, oleh itu lihatlah pendapatku. Jika pendapatku itu selari dengan kitab (Al-Quran) dan Al-Sunnah, maka ambillah. Tiap tiap pendapatku yang tidak selari dengan Kitab dan Sunnah, maka tinggalkannya.”
Tidak boleh kita bersifat taksub, taqlied kepada mazhab fiqhiyiah yang empat (ulama-ulama mazhab), demikian juga tidak boleh kita bersifat taksub / terikat dengan guru atau ustaz yang kita ambil ilmu agama dari mereka. Kebanyakan umat Islam bersikap seolah-olah guru atau ustaz itu seumpama malaikat, manusia yang tiada kesalahan, apa saja yang dikatakan oleh para guru diterima semuanya sebagai benar, dan sekiranya pandangan guru itu bercanggah dengan ketetapan Al-Quran dan perkataan Nabi saw, maka tetap diutamakan pandangan guru – ini satu perlakuan yang salah di kalangan kebanyakan umat Islam.
Umat Islam tidak akan berjaya sehinggalah mereka benar-benar kembali kepada manhaj apa yang dibawa oleh Rasul saw.
Di sediakan oleh:
Ahli baet berbayar
Umah sidratul wusto’ zagoziq
Ahli baet berbayar
Umah sidratul wusto’ zagoziq



