Dec 30, 2008

BUMI PALESTIN BERDARAH LAGI

Hari ini sudah masuk hari ketiga serangan puak Zionis secara besar-besaran di Semenanjung Gaza. Pemimpin Israel berkata, serangan itu adalah tindakan balas kepada bedilan roket setiap hari oleh pejuang Palestin yang diperhebatkan selepas gencatan senjata selama 6 bulan tamat.


semenanjung Gaza yang dibedil oleh rejim Zionis



DISEBALIK NEGARA ISRAEL.

Sebelum Perang Dunia II, tidak wujud sebuah negara bernama Israel. Kebanyakan penduduk yang mendiami negara ini terdiri daripada pendatang dari pelbagai tempat terutamnya Eropah ke sebuah negara bernama Palestin.

Para pendatang ini mula mendatangi Palestin selepas satu gerakan bernama Zionis dibentuk. Perkataan Zionis diambil sempena nama Bukit Zion. Pertubuhan Zionis Sedunia diwujudkan pada tahun 1897 dengan matlamat menguasai seluruh alam khas untuk bangsa mereka di Zion (Palestin). Kongres pertama Pertubuhan Zionis Sedunia berlangsung di Basle, Switzerland yang mengusulkan Protocols of Zion yang mengandungi perancangan terperinci untuk menguasai Palestin dan seluruh dunia.

Pada 1914, terdapat lebih kurang 85 000 Yahudi di Palestin. Pada tahun1917, sepanjang Perang Dunia I, (1914-1918), Inggeris mengeluarkan Deklarasi Balfour yang menegaskan sokongan Inggeris bagi pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada masa itu, Inggeris sedang berperang dengan Empayar Uthmaniyah bagi merebut Palestin. Deklarasi itu sudah tentu bertujuan meraih sokongan kaum Yahudi di Inggeris dan Amerika Syarikat.

Selepas kejatuhan EmpayarUthmaniyah pada Perang Dunia I, Liga-liga Bangsa menjadikan Palestin sebagai wilayah di bawah kekuasaan Kerajaan Inggeris. Pada 1930, jumlah kedatangan pendatang kaum Yahudi ke Palestin semakin bertambah. Merasakan terancam dengan kehadiran pendatang Yahudi di tanah Palestin, rakyat tempatan mula mengadakan pemberontakan.

Semasa Perang Dunia II, kaum Yahudi telah menggunakan peristiwa holocaust (pembunuhan lebih 6 juta Yahudi Eropah) sebagai tuntutan untuk mendirikan sebuah negara Yahudi di Palestin. Pada 1947, Inggeris menyerahkan masalah ini kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Persidangan Umum PBB menyetujui resolusi bagi membahagikan Palestin menjadi Arab dan Yahudi. Rakyat tempatan menolak cadangan itu dan berperang melawan kaum Yahudi pendatang.

Pada 14 Mei 1948, Israel dengan rasminya wujud dengan keluasan 20770 kilometer persegi, terletak di antara Mesir, Semenanjung Gaza, Jordan, Lebanon dan Syiria. Ia berada di bawah pimpinan David Ben-Gurion.





HARI INI

Kini, wilayah yang diduduki Zionis itu menjadi sumber konflik yang paling berdarah di Timur Tengah. Israel bertindak ganas seperti membunuh orang awam, rakyat yang tidak berdosa. Rakyat Palestin berada dalam keadaan ketakutan, tertekan, dihalau dari rumah mereka, tinggal dalam khemah-khemah pelarian dan juga dibunuh.

Sungguh aneh. Kesan dari peristiwa pembunuhan terhadap 6 juta rakyat Yahudi pada Perang Dunia II (holocaust) yang dilakukan oleh negara Jerman (Nazi) terpaksa ditanggung oleh sebuah negara di Timur Tengah (Palestin) dan bukannya di Eropah. Jika benar-benar holocaust ini berlaku, seharusnya negara di Eropah yang perlu menanggungnya dan bukan Palestin.

Presiden Republik Islam Iran, Mahmoud Ahmadinejad pernah mencadangkan agar Israel dihapuskan dari peta dunia. Sekadar meminjam kata-kata beliau. “Dahulu kita mendengar terdapat kekuatan penjajah yang menjajah suatu wilayah. Mereka datang bagi merampas kekayaan wilayah jajahan itu, lalu pulang ke kampong halaman mereka. Tetapi berlainan pula dengan Israel, mereka menubuhkan sebuah negara yang baru, mempunyai penduduk yang baru di sebuah tanah air yang mana penduduknya telah dihalau dari tanah airnya sendiri.”




yang menginginkan pembebasan Palestin


Dec 28, 2008

TEBUS KEMBALI ZAMAN KEGEMILANGAN ILMU ISLAM.




Islam merupakan agama fitrah yang menepati keperluan dan naluri hidup manusia. Kepentingan ilmu dalam Islam tidak dapat disangkal kerana tanpa ilmu manusia tidak berupaya melakukan sebarang aktiviti mahupun tugas yang jelas sekali melibatkan panduan dalam melaksanakannya.

Islam telah menggariskan ilmu asas bagi seorang mukmin sebagai ilmu fardu ain. Ilmu ini wajib dituntut oleh setiap hamba dalam memenuhi kewajipannya terhadap ALLAH, terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap makhluk lain. Begitu juga dengan cabang-cabang ilmu yang lain seperti ilmu tauhid yang mengajar kita mengenal Pencipta, ilmu fekah berkaitan dengan ibadah dan sebagainya. Dalam memenuhi tuntutan syariah pula, ilmu-ilmu fardu kifayah seperti ilmu kejuruteraan, ilmu perniagaan, ilmu kesihatan dan lain-lain diperlukan. Sebagai contoh, kita memerlukan masjid untuk memenuhi tuntutan beribadat yang melibatkan kepakaran dalam bidang kejuruteraan untuk pembinaannya. Begitu juga ilmu kesihatan yang penting bagi memastikan kesihatan tubuh badan kita berada dalam keadaan baik untuk tujuan beribadah kepada ALLAH.

Justeru itu, Islam datang untuk menyemai, menanam dan mengembangkan kemampuan manusia berfikir ke kadar paling maksimum di bawah lingkungan dan bimbingan wahyu daripada ALLAH SWT. Wahyu pertama yang ALLAH turunkan kepada Rasulullah SAW ialah ayat yang menggalakan kegiatan ilmuan. Sebagaimana firman ALLAH dalam Surah Al-Alaq: 1-5, “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu amat Pemurah. Yang mengajar dengan pena. Yang mengajar kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.” Ayat ini jelas menunjukkan ALLAH mementingkan ilmu pengetahuan untuk manusia.

Selain itu juga, dengan ilmu pengetahuan, manusia dapat mengenal kewujudan ALLAH yang membawa kepada keimanan dan ketakwaan terhadapNYA. Sebagaimana firman ALLAH dalam surah Al-Fathir: 28, “…hanya yang takut pada ALAH itu antara hamba-hambaNYA ialah ulama-ulama (orang-orang yang berilmu)..”. Dengan ilmu pengetahuan juga, seseorang manusia itu dapat dibezakan kedudukannya dalam masyarakat. Ketinggian ilmu seseorang itu memisahkannya antara jahil dengan intelek.

Rasulullah juga banyak mewariskan hadis yang menggalakkan umat Islam menguasai ilmu pengetahuan agar menjadi agung di mata dunia dan menjadi contoh teladan kepada umat yang lain.

Pada zaman Rasulullah, umat Islam kebanyakannya masih banyak yang buta huruf. Justeru, banginda mengambil sendiri inisiatif dalam membanteras buta huruf di kalangan umat Islam dengan meninta orang bukan Islam mengajar ilmu pengetahuan kepada orang Islam. Baginda menjadikan pengajaran ilmu pengetahuan kepada orang Islam sebagai salah satu syarat tebusan bagi tawanan perang membebaskan diri mereka.

Puncak penguasaan ilmu bagi umat Islam ialah penubuhan Baitul Hikmah pada akhir abad ke-2 Hijrah, semasa zaman pemerintahan Harun Al-Rashid (170H-193H) dan zaman pemerintahan Al-Makmun (198H-218H). Kegemilangan ilmu yang dimiliki umat Islam menyebabkan orang bukan Islam terpaksa datang ke negara Islam bagi memperolehi ilmu pengetahuan itu. Mereka juga terpaksa belajar bahasa Arab demi mendalami sesuatu ilmu itu.

Kini menjadi tanggungjawab umat Islam menebus kembali zaman kegemilangan ilmu yang pernah dikecapi dahulu demi membina kembali keagungan empayar Islam yang sudah lama kita hilang.

Dec 24, 2008

video clip pilihan minggu ini

Anak Soleh-permata ayah bonda



Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Dec 23, 2008

Sunnah perjuangan…




Rentetan sejarah jelas menyatakan bahawa seorang yang bernama dai' itu pasti berhadapan dengan pelbagai ujian..

Jika dilihat dari awal perkembangan islam,orang musrikin mekah menguji para sahabah redwanuLLAHhi alaiki ajmain..

Sehinggakan ade yang tak tahan dengan ujian yang dilemparkan oeh qurais kepada mereka antaranya habbat al-arad, dia datang kepada nabi SAW,lalu apabila dia datang kepada nabi SAW dia mengadu kepada nabi ketika itu nabi sedang berselimut yang duduk di bawah bayangan kaabah,nabi juga berfikir tentang nasib sahabat-sahabatnya,

Ada yang kene seksa ada yang diheret ke padang pasir ada yang kene bunuh sebagai seorang rasul pemimpin kepada gerakan itu beliau berfikir lebih dari aper yang mereka fikirkan

Tapi habbat al-arad bertanya kepda nabi SAW dalam hadith yang diriwayatkan oleh al imam bukhari habbat bertanya ya rasullulah"ala tad'u lana, ala tastansirulana" ya rasullaLAH boleh tak kamu doa untuk kite menang cepat,boleh la mintak tolong kepada Allah supaya kite menang,kiter asyik kene je ni

Habbat ni dia apabila qurais amik dier,dier adalah tukang besi "hadam",qurais lanyak dier,qurais amik dier tekan besi panas kat belakang dier sampai masak daging dia..

Bukan rasullulah tidak simpati dengan sahabat, tp soalan itu menguris hati baginda, berubah wajah SAW, nabi SAW melihat kepada sahabat lalu menyatakan,

"wakod kana rajulun fiman qablakum, yuhfarulahu fil ard, faju'alu fihi, fayuja'u fil minsyar, fayudo'a ala nafsi,fa yusnakod bis natain, wama yasudduna anka min dienik,wayunsatun bil ansati hadid, maduna lahmihi min azomih ma yasuduna an zalika min dinih,WALLAHHI ya habbat. Layutimmannallah wahda haza amr hatta yasira rakib min san'a ila hadra maut la yahafu illaLAH, wa zikbu ala ghanami walakin nakum tasta'jilun "

أو كما قال

هذا خباب بن الأرت رضي الله عنه يقول:أتينا رسول الله صلى الله عليه وسلم وهو متوسد بردة له في ظل الكعبة، وقد لقينا من المشركين شدة، فقلنا: يا رسول الله! ألا تدع لنا؟! ألا تستنصر لنا؟! فقال عليه الصلاة والسلام: لقد كان من قبلكم يؤتى بالرجل ...) الحديث. إذاً: هذه سنة ماضية، ولابد من البلاء، كما قال الإمام الشافعي لما سُئل: يا أبا عبد الله أيهما أفضل للرجل أن يُمكّن أو يُبتلى؟ قال: لا تمكن حتى تبتلى. فهذه سنة وقانون من قوانين الدعوة: أنه لابد من البلاء. هذا أمر. الأمر الثاني: لما سألوا النبي صلى الله عليه وسلم أن يدعو لهم ويستنصر لهم عدل عن الدعاء لهم بتسليتهم بسنة الله في الذين خلو من قبل، فقال: (لقد كان من قبلكم يؤتى بالرجل فيحفر له حفرة في الأرض، ثم يوضع فيها، ثم يوضع المنشار على رأسه، ثم يشق نصفين، ويمشط بأمشاط الحديد ما دون لحمه وعظمه، ما يرده ذلك عن دينه، والذي نفسي بيده! ليتمَّنَّ الله هذا الأمر حتى يسير الراكب من صنعاء إلى حضرموت لا يخاف إلا الله والذئب على غنمه، ولكنكم تستعجلون)

"Wahai habbat ada orang2 terdahulu dari kamu di ambil dier lalu ditanam di dalam tanah lalu dibawakan gergaji di atas kepalanaya lalu di gergaji terbelah kepalanya 2, pon demikian tidak pernah menyebabkan ia berpaling dari agamanya,ada pula yang di sikat dengan sikat besi sehingga bercerai diantara isi dan tulangnya tidak itu menyebabkan mereka berpaling dari agama mereka DEMI ALLAH wahai habbat, ALLAH akan menyempurnakan urusan agama ini yakni dakwah yang benar akan menang sehinggalah seorang yang berjalan dari san'aa(yaman) sehingga ke hadramaut(yaman dimasa itu kawasan yang ditakuti keamananya) tidak akan takut lagi dengan orang zalim yakni islam akan menang dan mengusai tanah air yang banyak, ia tidak akan takut melainkan Allah dan hanya akan bimbang serigala yang menganggu kambingnya, tetapi kamu wahai habbat adalah kaum yang tergopoh gapah"

Orang seperti habbat dianggap seperti tergopoh gapah, demikian KITA yang mengharapkan kemenangan awal, islam juga kaan lebihlah tergopoh gapah, islam akan menang dakwah in akan menang jika sampai da cukup syaratnya tetapi kiter semua kene sabar kene bukyikan APAKAH SUMBANGAN KITA BAGI MEMENANGKAN DAKWAH bagi menjadiakan islam itu prinsip dan system yang mengalir da menular dalam kehidupan ummat APA TUJUAN KITA??

Firman ALLAH

أ لم* أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنَّا وهم لا يفتنون*

Maksudnya"adakah manusia akan menyangka mereka akan di biarkan(mereka menyatakan mereka beriman) dan mereka tidak akan dicuba(tidak di uji)"

INI MUSTAHIL??????

Dec 21, 2008

nilai cinta dan rumah tangga..koreksi dan muhasabah..

1. KETIKA MENCARI CALON

Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita

Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,

tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.



Photobucket

3. KETIKA AKAD NIKAH

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,

tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,

kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

: 5. KETIKA MALAM PERTAMA

Bersyukur dan bersabarlah.

Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,

tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

Photobucket

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG

Jangan saling berlepas tangan,

tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.

Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,

tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%

dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus

dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan

semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK

Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH

Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.

Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K

1 Ketaqwaan

2 Kasih sayang

3 Kesetiaan

4 Komunikasi dialogis

5 Keterbukaan

6 Kejujuran

7 Kesabaran

Dec 18, 2008

MASYARAKAT ISLAM MASIH SAMAR FALSAFAH YOGA


yoga mengandungi unsur meditasi dan mantera

Aspek yoga yang bertentangan dengan Islam.
Yoga adalah 100 peratus ajaran agama hindu.Ada saintis Barat mengkritik sumber agama hindu yang mempunyai perkara samar-samar siapakah pengasas agama hindu yang tidak mempunyai Nabi.Apabila tidak ada Nabi,tetapi berfikir mengenai perkara di luar kemampuan orang biasa faham,ia adalah Falsafah.Islam ialah agama samawi(agama wahyu atau agama dari langit dengan Nabi Muhammad S.A.W diutus oleh Allah untuk menyebarkan agama ini) yang mempunyai Nabi.Hindu ialah agama falsafah yang tidak mempunyai Nabi.

Apakah yang menyebabkan yoga boleh menggugat akidah umat Islam?
Pengamal yoga yang dipanggil yogin berusaha membebaskan fikiran untuk mencapai Samadhi atau bersatu dengan brahma. Ini adalah satu falsafah yoga, perkara yang jelas bertentangan dengan Islam.

Bagaimana melakukan yoga yang bertentangan dengan Islam?
Apabila disebut senaman yoga asana(posisi tubuh) yang bukan hanya gerakan badan dan cara pernafasan tetapi membabitkan akidah umat Islam.
Contoh asana: Padmasana melambangkan keheningan,kejernihan dan keyakinan diri. Dalam mitos kejadian brahma, dia dikatakan terbit daripada bunga teratai yang keluar dari pusat Vishnu. Penggunaan mantera yang dilafazkan ketika mengamalkan senaman membahayakan akidah. Pengamal yoga disuruh bernafas dan menyebut om…aum…sedangkan mengikut ajaran hindu, om dikatakan kalimah kekuasaan maha suci.

Masyarakat berpendapat yoga baik untuk kesihatan.
Jika yoga baik untuk kesihatan, mungkin WHO(pertubuhan kesihatan sedunia) akan mengeluarkan kenyataan bahawa jika hendak melihat model orang yang sihat adalah pergi ke India kerana mereka bersenam yoga sihat. Tetapi tidak berlaku. Yoga adalah 100 peratus ajaran hindu. Secara analoginya, arak haram kerana memabukkan. Ada mendakwa minum sedikit tetapi tidak memabukkan. Benar! Tapi arak tetap arak dan hukumnya haram. Begitu juga yoga yang haram kerana mengamalkan ajaran hindu. Walaupun yang diamalkan sedikit tetapi yoga tetap yoga.

Pengajaran yang boleh dipelajari daripada isu ini.
Jika yoga meninbulkan kontroversi, kita boleh melakukan senaman yang lain seperti tai chi, watakung dan chikung yang tidak membabitkan unsur agama. Tetapi yoga mempunyai latarbelakang yang dipertikaikan iaitu berkaitan dengan agama hindu – buddha yang kita tidak tahu selama ini. Mengetahui ilmu yoga boleh dianggap sebagai fardhu kifayah supaya kita tahu untuk dijadikan sempadan bukan untuk diamalkan.

Sumber:
Dr. Abdulfatah Haron Ibrahim,Profesor Usuludin dan Falsafah,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau pakar yoga yang mempelajari dan mengamalkan yoga secara serius dan berhenti mengamalkannya setelah mendapati senaman itu bertentangan dengan Islam. Kertas kerjanya mengenai yoga dijadikan panduan kepada pengharaman yoga.

Dec 17, 2008

jadi manusia berprinsip

Seorang pemikir islam yang terulung dan telah meningal pada tahun 1970an bernama Malik bin Nabel beliau mengatakan antara masalah yang berlaku dikalang umat islam dari kalang bangsa arab ialah mereka tidak berperinsip ketika mana mereka berada di Negara barat mereka meninggalkan nilai2 islam..mereka minum arak sebagai contohnya walau pon mereka tahu itu adalah haram..mereka berkata”bila masuk kekandang kambing kite megembuk dan bila masuk ke kandang lembu kite menguak(cth penulis mengibaratkan dalam pribahasa orang melayu)” sebenarnyer Allah menjadikan mahluk untuk menampak kan pada kita kehebatan itu akan lahir jika kita berpegang pada prinsip2 yang telah di anjurkan oleh Allah..

Berkata saidina umar alkhatab yang menjadi peganagan tenteranya sehingga islam tersebar ke parsi”
Photobucket
Kami ini adalah kaum yang Alla muliakan kami dgn islam,dan siapa yang mencari selain dari islam…maka Allah akan menghina kita(sbb tidak berpegang kepada prinsip yang dianjurkan oleh Allah)

Dec 9, 2008

ISLAM ITU MUDAH


يسر وسماحة الإسلام

مفهوم يسر وسماحة الإسلام (1/7)

لم تعرف البشرية نظاماً ولا ديناً اشتملت مبادئه على منهج مبني على الوسطية والسماحة واليسر كالإسلام . لأن تعاليمه تتفق وطبيعة الإنسان الضعيف { ُيرِيدُ اللَّهُ أَنْ يُخَفِّفَ عَنْكُمْ وَخُلِقَ الْإِنْسَانُ ضَعِيفاً } ، ولذا أوصى النبي صلى الله عليه وسلم المكلفين بالقصد والاعتدال واليسر والمسامحة فقال صلى الله عليه وسلم :" إن الدين يسر ولم يشاد الدين أحد إلا غلبه، فسددوا وقاربوا و أبشروا ". رواه البخاري .

السماحة هي " المعاملة في اعتدال ، فهي وسط بين التضييق والتساهل، وهي راجعة إلى معنى الاعتدال ، والتوسط أو السهولة المحمودة فيما يظن الناس التشديد فيه ؛ ومعنى كونها محمودة أنها لا تُفضي إلى ضرر أو فساد ".( مقاصد الشريعة لابن عاشور.)

واليسر هو اللين والسهولة أو رفع الحرج والمشقة عن المكلف بأمر من الأمور لا يُجْهِد النفس ولا يُثقِل الجسم.

والمقصود من سماحة الإسلام ويُسره: رحابة مبادئه وسعة شريعته ونزوعه إلى اللين واليسر. وتلبيته لنداء الفطرة واستجابته لمتطلباتها في وسطية واعتدال مع رفع الحرج والمشقة؛ والتسامح مع الغير في المعاملات المختلفة بتيسير الأمور والْمُلاينة فيها . (انظر نضرة النعيم وتفسير القاسمي) .

قال تعالى { يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ } .

هذه الآية وإن كانت واردة في شأن الصيام إلاّ أن المراد منها العموم عملاً بعموم اللفظ . قال قتادة رحمه الله: ( أَرِيدوا لأنفسكم الذي أراد الله لكم ) . (انظر تفسير ابن جرير الطبري ).

وقال تعالى { لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْساً إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْراً كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلا تُحَمِّلْنَا مَا لا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنْتَ مَوْلانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ } .

قال شيخ الإسلام ابن تيمية : ( تضمنت الآية أن جميع ما كلفهم الله به أمراً أو نهياً مطيقون له قادرون عليه،وأنه لم يكلفهم ما لا يطيقون وتأمل قول الله عز وجل { إِلَّا وُسْعَهَا } كيف تحته أنهم في سعة ومنحة من تكاليفه، لا في ضيق وحرج ومشقة؛ فإن الوسع يقتضي ذلك، فاقتضت الآية أن ما كلفهم به مقدور لهم من غير عسر ولا ضيق ولا حرج عليهم ).( فتاوى شيخ الإسلام ابن تيمية. ج14 .) .

وقال تعالى { وَجَاهِدُوا فِي اللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِ هُوَ اجْتَبَاكُمْ وَمَا جَعَلَ عَلَيْكُمْ فِي الدِّينِ مِنْ حَرَجٍ } .

قال ابن كثير: ( أي ما كلفكم ما لا تطيقون وما ألزمكم بشيء يشق عليكم إلا جعل الله لكم فرجاً ومخرجاً. فالصلاة التي هي أكبر أركان الإسلام بعد الشهادتين تجب في الحضر أربعاً وفي السفر تقصر إلى اثنين، وفي الخوف يصليها بعض الأئمة ركعة واحدة، وتُصلَّى رجالاً ركباناً مستقبلي القبلة وغير مستقبلها ، وكذا في النافلة في السفر إلى القبلة وغيرها، والقيام فيها يسقط لعذر المرض فيصليها المريض جالساً، فإن لم يستطع فعلى جنبه إلى غير ذلك من الرخص والتخفيفات في سائر الفرائض والواجبات ). ( تفسير ابن كثير، ج1)

والآيات في هذا الباب كثيرة معلومة .

وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قيل يا رسول الله صلى الله عليه وسلم : أي الأديان أحب إلى الله ؟ فقال صلى الله عليه وسلم : " الحنفية السمحة ". أخرجه الإمام أحمد والطبراني والبزار. والبخاري في صحيحه تعليقاً.وقال ابن حجر: وإسناده حسن.

قال الشاطبي: (سمي الدين بالحنفية لما فيها من التيسر والسهيل ) (انظر الموافقات، ج1) .

وعن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: " إن الدين يسر ولم يشاد الدين أحد إلا غلبه، فسددوا وقاربوا و أبشروا واستعينوا بالغدوة والروحة وشيء من الدلجة ". رواه البخاري .

قال ابن حجر رحمه الله :( وسمي الدين يسراً مبالغة بالنسبة إلى الأديان قبله؛ لأن الله رفع عن هذه الأمة الإصر الذي كان على من قبلهم، ومن أوضح الأمثلة له أن توبتهم كانت بقتل أنفسهم، وتوبة هذه الأمة بالإقلاع والعزم والندم ) . ( فتح الباري ، ج1) .

وعن جابر رضي الله عنه قال كان معاذ رضي الله عنه يصلي مع النبي صلى الله عليه وسلم ثم يأتي فيؤم قومه فصلى ليلة مع النبي صلى الله عليه وسلم العشاء ثم أتى قومه فأمهم فافتتح بسورة البقرة فانحرف رجل فسلم ثم صلى وحده وانصرف فقالوا له : أنافقتَ يا فلان ؟، قال : لا والله ولآتين رسول الله صلى الله عليه وسلم فلأخبرنه فأتى رسول الله صلى الله عليه وسلم فقال يا رسول الله إنا أصحاب نواضح ـ وهي الإبل التي يسقى عليها ـ نعمل بالنهار وإن معاذاً صلى معك العشاء ثم أتى فافتتح بسورة البقرة ، فأقبل رسول الله صلى الله عليه وسلم على معاذ فقال : يا معاذ أفتان أنت اقرأ بكذا واقرأ بكذا ". وفي رواية أخرى :" اقرأ : والشمس وضحاها، والضحى، والليل إذا يغشى، وسبح اسم ربك الأعلى ". رواه مسلم .

وقالت عائشة رضي الله عنها صنع النبي صلى الله عليه وسلم شيئاً ترخص فيه وتنزه عنه قوم فبلغ ذلك النبي صلى الله عليه وسلم فحمد الله ثم قال ما بال أقوام يتنزهون عن الشيء أصنعه فوالله إني أعلمهم بالله وأشدهم له خشية ". رواه البخاري .

وعن أنس رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم رأى شيخاً يهادى بين ابنيه فقال: "ما بال هذا "؟. قالوا: نذر أن يمشي فقال صلى الله عليه وسلم :" إن الله عن تعذيب هذا نفسه لغني ". وأمره أن يركب . رواه البخاري .

وفي رواية عند مسلم :" اركب أيها الشيخ فإن الله غني عنك وعن نذرك ".

وعن عائشة رضي الله عنها أن رسول الله صلى الله عليه وسلم صلى في المسجد ذات ليلة فصلى بصلاته ناس ثم صلى من القابلة فكثر الناس ثم اجتمعوا من الليلة الثالثة أو الرابعة فلم يخرج إليهم رسول الله صلى الله عليه وسلم فلما أصبح قال :" قد رأيت الذي صنعتم فلم يمنعني من الخروج إليكم إلا أني خشيت أن تفرض عليكم ". وذلك في رمضان . رواه مسلم .

إن رفع الحرج والسهولة والسماحة التي تميز بها هذا الدين نابع من الاعتدال والوسطية التي حث عليها { وكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطاً} فلا إفراط ولا تفريط ، والتنطع والتشديد حرج في جانب عسر التكليف ، ولذلك حذر النبي صلى الله عليه وسلم من الغلو في التدين، وأنكر على من بالغ من أصحابه في التعبد والتقشف مبالغة تخرجه عن حد الاعتدال . عن أنس رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان يقول: " لا تشددوا على أنفسكم، فيشدد عليكم، فإن أقواماً شددوا على أنفسهم، فشدد عليهم، فتلك بقاياهم في الصوامع والديارات {وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ } .

وعن ابن عباس رضي الله عنهما قال: قال النبي صلى الله عليه وسلم : "إياكم والغلو في الدين، فإنما هلك من قبلكم بالغلو في الدين ". رواه الإمام أحمد والنسائي .

وإن السماحة واليسر في الإسلام فضلاً عن كونه غاية في ذاته ، فإنه وسيلة تعين على تحقيق العبودية لله والانصياع لشرعه ، وحفظ نظام العالم واستدامة صلاحه بصلاح المستخلفين في عقيدتهم وعبادتهم وكافة شؤون حياتهم.

وإن المتصفح لسيرة النبي صلى الله عليه وسلم وسِيَرِ أصحابه رضي الله عنهم ومن تبعهم من سلفنا الصالح وجد أن نهجهم مبني على السماحة والتيسير؛ فما خُيِّر صلى الله عليه وسلم بين أمرين إلا اختار أيسرهما ما لم يكن إثماً . رواه الشيخان .

وعلى نهجه صلى الله عليه وسلم سار الصحابة رضي الله عنهم ومن تبعهم على طريقتهم قولاً وعملاً.

قال ابن القيم رحمه الله: ( وكان الصحابة رضوان الله عليهم أقل الأمة تكلفاً؛ اقتداء بنبيهم صلى الله عليه وسلم ، قال تعالى { قُلْ مَا أَسْأَلُكُمْ عَلَيْهِ مِنْ أَجْرٍ وَمَا أَنَا مِنَ الْمُتَكَلِّفِينَ } . وقال عبد الله بن مسعود رضي الله عنه من كان مستناً فليستن بمن مات، فإن الحي لا تؤمن عليه الفتن، أولئك أصحاب محمد صلى الله عليه وسلم ، كانوا أفضل هذه الأمة ، وأبرها قلوباً، وأعمقها علماً، وأقلها تكلفاً، اختارهم الله تعالى لصحبة نبيه صلى الله عليه وسلم ، ولإقامة دينه، فاعرفوا لهم فضلهم، واتبعوا أثرهم وسيرتهم، فإنهم كانوا على الهدى المستقيم.وقال أنس رضي الله عنه :كنا عند عمر رضي الله عنه ، فسمعته يقول: نهينا عن التكلف. ( إغاثة اللهفان ج1) .

وللحديث تتمة

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP