Mar 4, 2012

cara mengira zakat emas

sebagai yang kita maklum zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat harta dan zakat fitrah, zakat harta adalah terdiri dari zakat emas dan perak, zakat ternakan, zakat pendapatan, zakat ternakan, zakat galian, zakat tanaman manakala zakat fitrah adalah zakat wajib dikeluarkan oleh setaip orang islam pada Bulan Ramadhan, bukanlah disini intu saya mendefinisikan secara detail syarat-syarat, dalail dari quran dan sunnah dan lain, penulisan saya tertumpu pada cara pengiraan zakat emas.
terlebih dahulu saya letakan syarat-syarat diwajibkan menguarkan zakat emas:
1- islam
2- merdeka
3- sempurna milik
4- cukup nisab
5- cukup satu haul (dalam kiraan hijriah 354 hari)

zakat emas terbahagi kepada dua:

1- yang di pakai, syarat wajib untuk emas yang dipakai adalah mengikut uruf setempat, contoh di johor uruf setempat dalam pemakaian emas adalah 850gram.jd sesiapa yang pakai lebih 850 gram emas maka dia wajib menguarkan zakat pada lebihan tersebut. contoh seseorang yang memakai 900 gram emas jd nilai yang perlu dizakatkan hanya 50 gram.

contoh jalan pengiraan 900 gram (emas dipakai) - 850 gram (kadar uruf pemakaian emas setempat) = 50 gram lebihan pemakaian. 50 gram. nisab zakat (kadar nisab berbeza mengikut negeri) bagi negeri johor kadarnya adalah RM 13, 126.00 (pada tarikh 1 mac 2012, ianya berubah-rumah mengikut kadar semasa) yang bersamaan dengan 85 gram emas, jadi perlu di cari setiap gram emas. cara mengira 1 gram emas adalah RM 13, 126.00 / 85 gram emas = RM154.49 pada nilai setiap 1 gram.  jika seseorang memakai 900 gram di tolak dengan kada ururf pemakaian emas setempat adalah 850 gram berbaki 50 gram dan dikalikan dengan RM 154.49 bersamaan RM 7724.40 kemudian di bahagikan dengan 0.25%(kadar dikenakan zakat) atau dibahagikan kepada 1/40 jd zakatnya adalah RM 193.11




2- Zakat emas yang tidak di pakai:
contoh pengiraan emas bagi emas yang tidak dipakai adalah:
ada mempunyai 100 gram emas, jd emas yang perlu di bazakan zakat adalah 100 gram ini , perkara yang perlu di cari adalah nilai setiap gram emas, nisab zakat (kadar nisab berbeza mengikut negeri) bagi negeri johor kadarnya adalah RM 13, 126.00 (pada tarikh 1 mac 2012, ianya berubah-rumah mengikut kadar semasa) yang bersamaan dengan 85 gram emas, jadi perlu di cari setiap gram emas. cara mengira 1 gram emas adalah RM 13, 126.00 / 85 gram emas = RM154.49 pada nilai setiap 1 gram , jadi 100 gram (yang disimpan) di kali dengan RM 154.49 (nilai 1 gram emas) bersamaan RM 15449.00 dibahagikan dengan 0.25% (kadar dikenakan zakat) atau dibahagikan kepada 1/40. jd zakatnya adalah RM 386.23


*emas bila dipamerkan kepada orang lain itu dikira emas itu di pakai, jika anda memakainya hanya cuba-cuba, ianya tidak dikira di pakai kerana sifat emas itu hiasan diri

~mohd firdaus bin abdul hamid~

Mar 3, 2012

bersyukur

allahmdullilah rasa syukur dengan nikmat iman dan islam yang dua perkara paling penting yang perlu di lafazkan oleh setiap individu yang bernama insan yang di berikan oleh allah kesempatan untuk hidup beramal ibadah mengabdikan diri kepada yang maha satu.


Allah Ta’ala berfirman,
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.” (QS. Al Mulk: 2)
dunia hanyalah persinggahan untuk allah menguji keimanan hamba-hambanya dalam mencari erti kehidupan yang hakiki, di depan mata kita sering kali allah datang satu perkara yang mana perkara tersebut adalah untuk menguji betapa benarnya iman kite disisi allah, kadang-kadang seseorang itu di uji dengan jawatan, dengan harta kemewahan tidak kurang juga ada yang di uji dengan kemiskinan dan kepapaan, ujian dari allah itu datang dengan pelbagai bentuk, tidak hanya manusia biasa nabi turut diuji dengan pelbagai ujian yang kita tahu bahawa ujian- ujian kepada nabi adalah untuk memantang dan menguatkan iman mereka. rasa syukur mestilah di terbitkan dengan melaksanakan amal ibadah kepada allah.
Al-Fudhail bin ’Iyadh berkata firman Allah dalam surah al mulk di atas ayat 2: ” Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun ”, beliau berkata: ‘Maksudnya, dia ikhlas dan benar dalam melakukannya. Sebab amal yang dilakukan dengan ikhlas tetapi tidak benar maka tidak akan diterima. Dan jika dia benar, tetapi tidak ikhlas maka amalnya juga tidak diterima. Adapun amal yang ikhlas adalah amal yang dilakukan karena Allah, sedang amal yang benar adalah bila dia sesuai dengan Sunnah Rasulullah”.(Hilyatul Auliya (8/95)
Jarang sekali kita melihat orang-orang yang melazimkan diri melakukan amal ibadah, mendekatkan diri kepada allah mereka hidup dalam keadaan yang susah kerana perkara utama yang perlu ada pada diri insan adalah membulatkan hati hanya kepada allah, inilah antara salah satu syarat untuk hambanya mendapat "sakinah" atau ketenangan , 
sabda nabi saw: 
"Barangsiapa dunia merupakan tujuannya, maka Allah memecah-mecah urusannya dan menjadikan kemiskinan ada didepan matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali yang telah ditetapkan baginya. Dan, barangsiapa akhirat merupakan niatnya, maka Allah menghimpun urusannya, menjadikan kecukupan ada di dalam hatinya dan dunia menghampirinya, dan dunia itu adalah sesuatu yang hina."HR At-Tarmidzi dan  Ibnu Majah. Isnadnya shahih dan rawinya tsiqah. Lihat Az-Zawv'id, nomor 4105.
Dunia bukanlah matlamat hidup untuk seorang yang bernama insan yang diberi rezeki umur oleh allah. imam syafie dalam kitab karanganya yang bertajum "muqasyafatil qulub" dunia seumpana manusia menaiki sebuah kapal yang hanya berhenti sebentar di pulau bernama dunia, Kemudian nahhoda membunyikan sirin kapal untuk menuju pulau bernama akhirat. maka beruntunglah mereka yang sentiasa bersiap sedia untuk ke pulau bernama akhirat tidak kurang juga yang terlupa dan terus lalai  dipulau itu.

apa guna jika kita sia-sia nikmat yang kekal abadi  dengan galang gantinya dunia yang sementara. Bersyukurlah anda seorang islam yang beriman yang kenal nabi dan sunnahnya sudah barang pasti kita telah mendapatkan satu syarat utama untuk kita mendapatkan nikmat abadi. Para sarjana islam membahaskan antara syukur dan sabar manakah antara keduanya memupnyai nilai yang tinggi, syukur mempunyai nilai yang tinggi pastinya, rami orang yang terpaksa bersabar dengan ujian yang di beri, tetapi jarang kita lihat orang bersyukur dengan nikmat yang datang, dan bersyukur jika di landa musibah kerana mereka tahu musibah itu tanda allah sayang sebagai peringatkan kepada hambanya,


"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: 9) 


nabi di dalam doanya


يا حي يا قيوم برحمتك أستغيث أصلح لي شأني كله ولا تكلني إلى نفسي طرفة عين 
wahai Tuhan yang maha hidup,
wahai tuhan yang maha berdiri,
dengan rahmatmu ya Allah kami berharap
perbaikilah urusan hidupkan
jangan engkau tinggalkan aku walau sekelip mata
(diriwayatkan oleh an-nasaie dan al bazzar dengan sanad yang soheh,
mengikut syarat imam bukhari dan muslim di hukum hasan oleh albani)

mudahan kita menjadi hamba yang sentiasa bersyukur.

~mohd firdaus bin abdul hamid~

  © Free Blogger Templates Nightingale by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP